When God drops needle and pin along your path, don't step away. Pick them up... They were designed to teach you, to be strong and wise.

Saturday, 27 October 2012

Korban..=)


Assalamu'alaikum...
SALAM AIDILADHA 1433H buat sume..=)
twu da lambat tp nk jgak ucap sbb org takbir lg tiap kali lepas solat (dr 10 Zulhijjah sampai 13 Zulhijjah)..btol kan..klu salah tgor taw..hehe
Alhamdulillah dapat beraya ngan family tahun ni even aq kne blek seawal raya ke-2 gara2 menjadi paksarelawan sukarelawan utk majlis perasmian Sukan IPT (SUKIPT) di universiti kesayangan..bkn nk sgt pon tp disebabkan kami satu batch nk ad bju same (bese la progrm xsah klu xdpt bju free kan), so kami rela2kn je la diri 2..bole la nk buat boria klu ad pape event ble da ad byk bju y same n seragam ni..huhu..=p

Motif utama bukan nk cter psl SUKIPT ye, tp nk share skit psl Hari Raya Korban..raya kali ni ayah amek 7 bahagian (lembu la) utk ummi, andak, otek, aq, 2org adk n ank buah baru utk dikorbankan..tp sayangnya aq xdpt tgk lembu 2 kne sembelih gara2 blek awal ke s.alam..waaaaaa!!!!!!xdpt mkn daging lembu 2..tp ble aq suarakan kesedihan aq 2 ad y ckp, 'xpe, nanti jumpe lembu 2 kt syurga'..=)
Tue la kot pengorbanan y aq perlu lakukan even xde la cm pengorbanan sgt pon..huhu

One more thing, ble sebut je Hari Raya Aidiladha@Haji@Korban mesti sume org ckp psl pengorbanan kan??tp kte twu ke nape nk kaitkan raya dgn pengorbanan??hmm..mgkn bole dikongsi sejarah hari raya Aidiladha ni kt sume..sumber daripada Encik Google je sbb xpandai nk cter secara ringkas dan padat..(^_^)V



Sejarah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.


Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang (kibas) ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.




Alhamdulillah..Harap sume bole la hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim n Nabi Ismail serta Siti Hajar..itulah keikhlasan pengorbanan nabi Allah dalam menjunjung perintah Rabb nya..maka, Allah tukarkan Nabi Ismail dgn seekor kibas sebagai gantian korban..lgpon bkn senang seorang ibu n ayah nak lepaskan anak dyorg utk disembelih..kte pon sbg anak, sanggup ke nak kne sembelih??wallahu'alam..

p/s: kalau rasa nak lebih informasi berkaitan isu ni, bole la cari En. Google atau lebih afdal, kte tye kat ustaz2  n ustazah2 yg lbh berilmu n berpengalamn supaya xde la kte tersalah faham kn..

Thursday, 4 October 2012

Ujian oh ujian..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Setelah hampir sebulan melalui semester ke-3 kt universiti tercinta ni mcm2 perkara yg berlaku kt aq sama ada yg baik dan sebaliknya..dan banyak jugak lah nikmat, rahmat dan ujian yg diterima..sume tue membuatkan diri ni lebih matang utk meniti perjalanan hidup yg aq n xde sape pon twu adakah ia masih panjang atau pun singkat???

Ujian???bkn ujian atau test Principles and Practice of Management yg aq kne hadapi esok atau subjek2 lain k..tp ujian yg ni lg berat..klu fail mmg xde chance la kita bole repeat semester akn datang..sumenye psl ujian hidup yg Allah hadiahkan utk kita agar kita sdr diri..tp klu xsdr2 xtwu la kn..

Kalau kita rasa ujian yg Allah timpakan ke atas kita tu satu bala, ternyata pendapat@pandangan kita tue salah sama sekali..Allah uji tanda DIA sayang kat kita n nak kita selalu egt kat DIA..DIA rindu nak dgr suara kita merintih merayu pada DIA..tapi pada aq, kenikmatan tu jugak merupakan satu ujian yg sgt besar sbnarnye..sbb, kalau kita sentiasa dalam kenikmatan mgkin kita lupa diri n xde pon kita nak nangis2 mengadu kat DIA tiap kali lepas solat..klu x, solat ntah ke mana, baca al-Quran pon sekali sekala..hmm..mudahnya manusia lupe..
(p/s: peringatan utk diri sendiri terutamanya)..


Tp kdg2 tue ad gak rasa mcm xmampu je nak tanggung satu2 ujian tue kn???tp egtlah, 
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya......"(Al-Baqarah : 286) Inilah ayat Allah yg sentiasa jd pegangan aq bila tetbe rasa xmampu..n ble aq egt ayat ni, aq akan jd bsemangat nak hadapi ujian tue sbb Allah dah rancang yg terbaik buat kita sume..cume kita handle bnde tue ngan cara yg btol atau x je kn..so, cdngan aq, cube kita cari satu ayat Allah yg bole dijadikan pegangan hidup..msti ble kita nga down n kita refer kat ayat tue, hati tue akan jd tenang..n sumenye rasa ok je..n u'll be fine..trust me k..=)
xpon, klu kita rasa susah hati, bukak je al-Quran tue n baca serta tadabbur..maksudnya, kita baca al-Quran ngan terjemahan dy sekali..mst ad tkena kt batang hidung sendiri..hehe..hmm..k la..

Inilah ayat Allah yg aq selalu dok egt ble depressed..korg pon bole baca n amalkan..(^_^)


Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...