When God drops needle and pin along your path, don't step away. Pick them up... They were designed to teach you, to be strong and wise.

Saturday, 28 July 2012

Menguap boleh berjangkit???

Ada ape pada menguap eak?? Hmm..
Aktiviti ni mmg biasa kte buat lg2 ble dok umah tym cuti skola dlu kn (ni bg y dok asrama).. sbg permulaan bg aktiviti yg lg best iaitu TIDO..hahahaha..nikmatnyer!!! aq dlu dok asrama so, aq twu sgt perangai bdk2 asrama ni..xsah klu balik rumah x qada' tdo 2..tetbe plak rse mcm nk mngimbau knangan tym skola dlu..hmm..tp aq bkn nk cter psl pahit manisnye knangan tym skola dlu tp nk cter psl isu menguap ni..hehe..(>_<)

sbnanye aq dpt idea nk tulis pasal menguap ni pon drpd kakak aq (Andak) pas dy tanya aq..

Andak : Cube teka menguap bole berjangkit x? (sambil menggayakannya)
Aq : Hmm..bole la kot..(xlama 2 aq pon menguap jgak..haha)

Nak dijadikn cerita mlm 2 aq bce majalah INFINITI edisi Mac 2011 dan aq tjmpe artikel ni..
(copy n paste je)


Secara logiknya, apabila berasa mengantuk atau letih, pasti kita akan menguap. Namun menguap tidak bererti kita sedang berasa mengantuk. Jika anda sedar, kadang-kala kita boleh lihat satu fenomena pelik di mana, apabila ada seorang itu menguap, pasti akan ada orang lain juga yang akan menguap.

haaaa...ngantoknyer
Malah ada juga yang cakap, kalau membaca perkataan ‘menguap’ juga boleh membuatkan kita mengalami situasi menguap secara tiba-tiba.  Ada beberapa penyelidik juga mengakui, 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap juga cenderung untuk menguap. Soalnya, apakah semua ini benar?

Berdasarkan kepada beberapa kajian saintis mengatakan, menguap berpunca daripada  saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Selain itu ada teori yang menyatakan menguap boleh melaraskan sistem badan manusia.
Comelnyer iye 2..alololo

Jelas Pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rozainee Khairudin, secara teknikalnya, menguap adalah keadaan fisiologi yang berlaku secara serentak di mana semasa seseorang itu mengambil udara untuk bernafas, berlaku regangan pada gegendang telinga.

Bagaimanapun, perbuatan menguap bukan saja berlaku pada manusia. Haiwan juga mengalaminya. Namun, menguap di kalangan haiwan mempunyai maksud lain misalnya gorila akan menguap sebagai isyarat kepada kumpulannya supaya melindungi diri masing-masing. Anjing pula menguap untuk memperlihatkan gigi taringnya supaya ditakuti musuh. 

besaunyer nganga 2..hish..
ni bkn menguap tp da xegt dunia da..masok gak cicak tokek dlm mulut tue karang..
for full reading bole la tgk kt link ni k http://darkofmystery.blogspot.com/2011/09/adakah-menguap-boleh-berjangkit.html 

Sepanjang aq tulis copy paste sbnanye entry ni pon byk kali aq menguap..haha..korg ad rase nk menguap gak x?? klu ad, mksdnye btol la MENGUAP BOLEH BERJANGKIT!!!

Moh ramai2 menguap..
Walau bagaimana pon, aq nk kongsi beberapa dalil berkaitan menguap menurut Islam y aq jumpe..InsyaAllah sumenya hadith sahih..tp bg y xyakin bole la kaji kesahihan hadith2 ni ye..Alhamdulillah n InsyaAllah..=)


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." 
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadith riwayat Imam Muslim,Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap 



p/s : Renung2kan dan selamat beramal!!! gaya ala2 Prof Izzi..(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...