When God drops needle and pin along your path, don't step away. Pick them up... They were designed to teach you, to be strong and wise.

Tuesday, 2 April 2013

Maksud Bacaan dalam Solat =)

Assalamu'alaikum..

Huh, dah lame xberblogging..biasa la ble kte ni bkn blogger tegar..xptot pon dpt title blogger tu kn..hoho..
mgkn kwujudan blog ni skdarnye bagiku utk mnjadi sahabat yg ingin berkongsi ilmu dan pengalaman..
Kali ni kte tmbh ilmu dgn perbaiki amalan atau ibadah seharian kte..ala, rukun Islam yg ke-2..SOLAT 5 waktu sehari semalam..mgkn ad yg solat sampai 6-7 kali shari sbb tmbh ngan solat2 sunat n Qiamullail kn..Alhamdulillah..smoge istiqamah dan smoge kte sume mampu melaksanakannya..Amiin =)

Mcm mane kte nk perbaiki solat kte??caranya ialah dgn khusyuk..mcm mane pulak nk dpt khusyuk tu??egt sng ke??Ya, itulah persoalan yg slalu dipersoalkn..
apa yg kte sdia maklum, antara cara nk khusyuk dlm solat ialah dgn menghayati maksud bacaan dalam solat..mgkn slame ni kte main taram je bace tnpa kte tahu mksd sbnr bacaan2 dlm solat tu kn..jadi, dlm usaha kte nk perbaiki solat kte, apa kata kte faham n hayati maksud bacaan2 tersebut..dengan cara ni la, fkiran kte xmelayang ke tmpt lain dgn fkr bnde2 yg xptot mcm nk mkn ape la, nk ponteng kelas x hari ni?esaimen xsiap lg n byk lg la..
Kat bawah ni ad sdkit perkongsian tntg maksud bacaan dalam solat..sume ni copy paste je drpd Incik Google..hehe..In shaa Allah, sumber yg diperolehi ini reliable n boleh dimanfaatkan oleh sume yg membacanye..(^_^)



Sebelum nk solat msti kte kne tahu basic2 dy..terutamanya rukun dalam solat..
Haa, ni dia rukun-rukun solat..rukun solat ad 13 taw..jgn lupe plak..solat, solat jgak, rukun solat jgn xtwu..

Rukun-Rukun Solat

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  • Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  • Rukuk dengan toma`ninah.
  • I`tidal dengan toma`ninah
  • Sujud dua kali dengan toma`ninah
  • Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  • Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  • Membaca tasyahud akhir
  • Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  • Membaca salam yang pertama
  • Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Maksud Bacaan Dalam Solat

Makna Takbiratul Ihram
Makna Bacaan Doa Iftitah
Maksud Bacaan Dalam Solat
Maksud Bacaan Al-Fatihah
Maksud Bacaan Doa Qunut
Maksud Bacaan Rukuk
Makna Bacaan I’tidal
Maksud Bacaan Sujud
Makna Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Maksud Tahiyat Awal

Maksud Tahiyat Akhir

p/s: Rajin-rajinkn lah diri kte ntk tunaikan solat pd awal wktu supaya dijauhkn drpd azab melengah2kn solat..(Insaf, pesanan ntk diri sndri jgak)..Selain itu, perbaikilah bacaan n hayati maksud bacaan dalam solat ni ye kwn2..
Semoga ilmu yg disampaikn ni dpt diamalkn dan disampaikan kpd saudara mara n shbt2 kte yg lain, In shaa Allah..=) 

Saturday, 27 October 2012

Korban..=)


Assalamu'alaikum...
SALAM AIDILADHA 1433H buat sume..=)
twu da lambat tp nk jgak ucap sbb org takbir lg tiap kali lepas solat (dr 10 Zulhijjah sampai 13 Zulhijjah)..btol kan..klu salah tgor taw..hehe
Alhamdulillah dapat beraya ngan family tahun ni even aq kne blek seawal raya ke-2 gara2 menjadi paksarelawan sukarelawan utk majlis perasmian Sukan IPT (SUKIPT) di universiti kesayangan..bkn nk sgt pon tp disebabkan kami satu batch nk ad bju same (bese la progrm xsah klu xdpt bju free kan), so kami rela2kn je la diri 2..bole la nk buat boria klu ad pape event ble da ad byk bju y same n seragam ni..huhu..=p

Motif utama bukan nk cter psl SUKIPT ye, tp nk share skit psl Hari Raya Korban..raya kali ni ayah amek 7 bahagian (lembu la) utk ummi, andak, otek, aq, 2org adk n ank buah baru utk dikorbankan..tp sayangnya aq xdpt tgk lembu 2 kne sembelih gara2 blek awal ke s.alam..waaaaaa!!!!!!xdpt mkn daging lembu 2..tp ble aq suarakan kesedihan aq 2 ad y ckp, 'xpe, nanti jumpe lembu 2 kt syurga'..=)
Tue la kot pengorbanan y aq perlu lakukan even xde la cm pengorbanan sgt pon..huhu

One more thing, ble sebut je Hari Raya Aidiladha@Haji@Korban mesti sume org ckp psl pengorbanan kan??tp kte twu ke nape nk kaitkan raya dgn pengorbanan??hmm..mgkn bole dikongsi sejarah hari raya Aidiladha ni kt sume..sumber daripada Encik Google je sbb xpandai nk cter secara ringkas dan padat..(^_^)V



Sejarah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.


Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang (kibas) ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.




Alhamdulillah..Harap sume bole la hayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim n Nabi Ismail serta Siti Hajar..itulah keikhlasan pengorbanan nabi Allah dalam menjunjung perintah Rabb nya..maka, Allah tukarkan Nabi Ismail dgn seekor kibas sebagai gantian korban..lgpon bkn senang seorang ibu n ayah nak lepaskan anak dyorg utk disembelih..kte pon sbg anak, sanggup ke nak kne sembelih??wallahu'alam..

p/s: kalau rasa nak lebih informasi berkaitan isu ni, bole la cari En. Google atau lebih afdal, kte tye kat ustaz2  n ustazah2 yg lbh berilmu n berpengalamn supaya xde la kte tersalah faham kn..

Thursday, 4 October 2012

Ujian oh ujian..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Setelah hampir sebulan melalui semester ke-3 kt universiti tercinta ni mcm2 perkara yg berlaku kt aq sama ada yg baik dan sebaliknya..dan banyak jugak lah nikmat, rahmat dan ujian yg diterima..sume tue membuatkan diri ni lebih matang utk meniti perjalanan hidup yg aq n xde sape pon twu adakah ia masih panjang atau pun singkat???

Ujian???bkn ujian atau test Principles and Practice of Management yg aq kne hadapi esok atau subjek2 lain k..tp ujian yg ni lg berat..klu fail mmg xde chance la kita bole repeat semester akn datang..sumenye psl ujian hidup yg Allah hadiahkan utk kita agar kita sdr diri..tp klu xsdr2 xtwu la kn..

Kalau kita rasa ujian yg Allah timpakan ke atas kita tu satu bala, ternyata pendapat@pandangan kita tue salah sama sekali..Allah uji tanda DIA sayang kat kita n nak kita selalu egt kat DIA..DIA rindu nak dgr suara kita merintih merayu pada DIA..tapi pada aq, kenikmatan tu jugak merupakan satu ujian yg sgt besar sbnarnye..sbb, kalau kita sentiasa dalam kenikmatan mgkin kita lupa diri n xde pon kita nak nangis2 mengadu kat DIA tiap kali lepas solat..klu x, solat ntah ke mana, baca al-Quran pon sekali sekala..hmm..mudahnya manusia lupe..
(p/s: peringatan utk diri sendiri terutamanya)..


Tp kdg2 tue ad gak rasa mcm xmampu je nak tanggung satu2 ujian tue kn???tp egtlah, 
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya......"(Al-Baqarah : 286) Inilah ayat Allah yg sentiasa jd pegangan aq bila tetbe rasa xmampu..n ble aq egt ayat ni, aq akan jd bsemangat nak hadapi ujian tue sbb Allah dah rancang yg terbaik buat kita sume..cume kita handle bnde tue ngan cara yg btol atau x je kn..so, cdngan aq, cube kita cari satu ayat Allah yg bole dijadikan pegangan hidup..msti ble kita nga down n kita refer kat ayat tue, hati tue akan jd tenang..n sumenye rasa ok je..n u'll be fine..trust me k..=)
xpon, klu kita rasa susah hati, bukak je al-Quran tue n baca serta tadabbur..maksudnya, kita baca al-Quran ngan terjemahan dy sekali..mst ad tkena kt batang hidung sendiri..hehe..hmm..k la..

Inilah ayat Allah yg aq selalu dok egt ble depressed..korg pon bole baca n amalkan..(^_^)


Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”






Monday, 3 September 2012

Muncul kembali kerana 'dia'...=p

Assalamu'alaikum w.b.t....
uhuk..uhuk..ape ni???byknye habuk..sawang pon ad ke??..2laa, da lame sgt xjenguk2 blog ni...huhu
hmm..da lame sgt x update, baru 3 post da menghilang cm2 je..bese la semut ni kne rajin bkerja selama sebulan ni..jd xsempatla nk jlnkn aktiviti2 kgemarannya di rumah..(makan+tido+on9)
xtwu la nk tulis psl pe tp byk nk kongsi sbnanye..cme blom ad mood kot nk tulis..
tp yg penting aq da bebas!!!!!!! dan boleh teruskan hidup seperti biasa..hoorey!!!!!!! =D

Td ad seseorg tye aq nga buat ape??update blog ke??hehe..2 y mlm ni aq bertekad nk update sesuatu..
tp nk mintak maaf jgak la kt 'dia' sbb entri kali ni xd pape y menarik pon..aq xpndai lg nk ltk post2 y best n t'tarik m'narik kau mmg da bomb tue..xpe2 t bole blaja ngan sifu ye..=p

Hmm..tp ad sesuatu y aq nk 'dia' sentiasa twu...

I miss u damn much..
Xsabo2 rasenye nak naik sem kali ni..semangat je rase..(^_^) 





Saturday, 28 July 2012

Menguap boleh berjangkit???

Ada ape pada menguap eak?? Hmm..
Aktiviti ni mmg biasa kte buat lg2 ble dok umah tym cuti skola dlu kn (ni bg y dok asrama).. sbg permulaan bg aktiviti yg lg best iaitu TIDO..hahahaha..nikmatnyer!!! aq dlu dok asrama so, aq twu sgt perangai bdk2 asrama ni..xsah klu balik rumah x qada' tdo 2..tetbe plak rse mcm nk mngimbau knangan tym skola dlu..hmm..tp aq bkn nk cter psl pahit manisnye knangan tym skola dlu tp nk cter psl isu menguap ni..hehe..(>_<)

sbnanye aq dpt idea nk tulis pasal menguap ni pon drpd kakak aq (Andak) pas dy tanya aq..

Andak : Cube teka menguap bole berjangkit x? (sambil menggayakannya)
Aq : Hmm..bole la kot..(xlama 2 aq pon menguap jgak..haha)

Nak dijadikn cerita mlm 2 aq bce majalah INFINITI edisi Mac 2011 dan aq tjmpe artikel ni..
(copy n paste je)


Secara logiknya, apabila berasa mengantuk atau letih, pasti kita akan menguap. Namun menguap tidak bererti kita sedang berasa mengantuk. Jika anda sedar, kadang-kala kita boleh lihat satu fenomena pelik di mana, apabila ada seorang itu menguap, pasti akan ada orang lain juga yang akan menguap.

haaaa...ngantoknyer
Malah ada juga yang cakap, kalau membaca perkataan ‘menguap’ juga boleh membuatkan kita mengalami situasi menguap secara tiba-tiba.  Ada beberapa penyelidik juga mengakui, 40 hingga 60 peratus orang yang melihat gambar orang menguap juga cenderung untuk menguap. Soalnya, apakah semua ini benar?

Berdasarkan kepada beberapa kajian saintis mengatakan, menguap berpunca daripada  saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Selain itu ada teori yang menyatakan menguap boleh melaraskan sistem badan manusia.
Comelnyer iye 2..alololo

Jelas Pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rozainee Khairudin, secara teknikalnya, menguap adalah keadaan fisiologi yang berlaku secara serentak di mana semasa seseorang itu mengambil udara untuk bernafas, berlaku regangan pada gegendang telinga.

Bagaimanapun, perbuatan menguap bukan saja berlaku pada manusia. Haiwan juga mengalaminya. Namun, menguap di kalangan haiwan mempunyai maksud lain misalnya gorila akan menguap sebagai isyarat kepada kumpulannya supaya melindungi diri masing-masing. Anjing pula menguap untuk memperlihatkan gigi taringnya supaya ditakuti musuh. 

besaunyer nganga 2..hish..
ni bkn menguap tp da xegt dunia da..masok gak cicak tokek dlm mulut tue karang..
for full reading bole la tgk kt link ni k http://darkofmystery.blogspot.com/2011/09/adakah-menguap-boleh-berjangkit.html 

Sepanjang aq tulis copy paste sbnanye entry ni pon byk kali aq menguap..haha..korg ad rase nk menguap gak x?? klu ad, mksdnye btol la MENGUAP BOLEH BERJANGKIT!!!

Moh ramai2 menguap..
Walau bagaimana pon, aq nk kongsi beberapa dalil berkaitan menguap menurut Islam y aq jumpe..InsyaAllah sumenya hadith sahih..tp bg y xyakin bole la kaji kesahihan hadith2 ni ye..Alhamdulillah n InsyaAllah..=)


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)." 
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadith riwayat Imam Muslim,Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap 



p/s : Renung2kan dan selamat beramal!!! gaya ala2 Prof Izzi..(^_^)

Friday, 27 July 2012

Berudu lagi nie.. (^_^)V

Assalamu'alaikum w.b.t

Ehem2..nervous plak rase..bese la baru nk blaja brkecimpung dlm dunia blogger ni..
cmni ke rasenye eak ble 1st time melibatkn dri ke kancah blogging ni?..da mcm kancah maksiat plak. hehe..Sbnanye bkn la minat aq nk berblogging bagai n aq ni xpndai pon berceloteh atau brcerita pd seluruh dunia dlm keadaan cmni tp disebabkan 'dia' aq cube la merapu2 kt dlm ni..pnt2 'dia' da buatkn blog ni ntk aq xkn aq nk biar brsawang plak kn..xpasal2 dy buat utk aq dy jgak y tlg updatekn..ksian2 xbole jd ni..
So, I'll try my bez mengaktifkn dri utk berblogging..mgkn ini medan y sesuai utk aq berkongsi ilmu + pengalaman n secara xlgsung bole berdakwah n mgkn sbb 2la 'dia' beria-ia nk buatkn utk aq..mudah mudahan InsyaAllah.. =)

4 d 1st entry y dihasilkn oleh aq sndiri ni myb xd pape y special kot..aq juz nk ucapkn bebyk terima kasih (dgn harapan kasih diterima) buat 'dia' y sggp bersengkang mata (prasan je) bg mghasilkn blog ni utk aq..Syukran kathiraan..terharu yg amat ni..

Ni utk 'dia' tp 'dia' alergi ngan pink kot..tp nk jgak letak sbb cantik

Dan di kesempatan ini aq rase blom trlambat utk aq ucapkn SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK kepada seluruh umat Islam kt dunia ni..

Hepi Ramadhan Mubarak!!!
Smoge Ramadhan kali ini, Allah limpahkan ke dlm hati kte dgn rasa cinta utk kte beribadah kpd-Nya dan mnjd medan tarbiyah utk kte mnjd hamba yg lbih tawadhu' slpas ini hendaknya..n smoge kte dipertemukan lg dgn Ramadhan y akn dtg..InsyaAllah..Ameen..

Thursday, 26 July 2012

Hadiah untuk dia =)


Assalamualaikum
Nie entry pertama untuk blog baru nie. Tue p0n sebab saje nak try, haha! Nah, nie hadiah utk budak kecik nie. Dinamakan sebagai Sarang Semut..tak tawu la pulak nape jadi pilihan hat budak ni.
Semoga dapat dijadikan sebagai satu platform utk berdakwah, berkongsi ilmu dan pengalaman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...